Sunday, February 13, 2011

Kedudukan ayahanda, bonda Nabi SAW

ALHAMDULILLAH, sekali lagi kita diberi peluang melalui hari-hari bulan Rabiulawal yang sarat dengan kenangan dan ingatan terhadap Nabi dan kekasih kita Saiduna Muhammad SAW.

Memperingati dan meraikan kelahiran baginda SAW adalah suatu tanda dan bukti kecintaan kita terhadap baginda yang menjadi salah satu pokok ajaran dalam agama kita. Malangnya, tetap ada di sana, suara-suara yang mempertikaikan keperluan dan keutamaan menyambut Mawlid Nabi SAW.

Insya-Allah, di kesempatan yang akan datang ruangan ini akan membincangkan secara khusus berkenaan isu ini yang sepatutnya sudah tidak perlu ditimbulkan lagi.

Ruangan ini terpanggil untuk menjelaskan suatu persoalan yang jika tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan kita terlibat dengan perbuatan yang menyakiti Nabi SAW lantas bercanggah dengan dakwaan cinta-kasih kita terhadap baginda SAW.

Persoalan yang dimaksudkan adalah dakwaan bahawa ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah di kalangan mereka yang musyrik serta ditempatkan ke neraka.

Kami terpanggil untuk menyentuh soal ini apabila mendapati dakwaan sebegini boleh menimbulkan kekeliruan.

Masyarakat Arab jahiliah

Zaman Jahiliah yang meliputi era kegelapan masyarakat Tanah Arab adalah suatu zaman yang dipenuhi dengan unsur syirik dan kepercayaan animisme yang tebal.

Manusia pada zaman tersebut melakukan amal ibadat berdasarkan kepercayaan nenek moyang mereka yang telah menyeleweng sekian lama.

Diriwayatkan bahawa pegangan asal masyarakat Arab pada peringkat awalnya ialah ajaran Nabi Ibrahim a.s. Lama-kelamaan ajaran ini ditinggalkan dan dipercayai bahawa bermulanya era penyembahan berhala ketika di bawa masuk ke Tanah Arab oleh Amru ibnu Luhay yang terkesan dengan cara penyembahan berhala masyarakat asing.

Berkata al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam al Bidayah wa al Nihayah: "Adapun hal keadaan masyarakat Arab itu, mereka tetap sentiasa berada di atas agama Nabi Ibrahim AS sehinggalah 'Amru ibnu 'Amir al Khuza'i memerintah Mekah selepas merampas kuasa menjaga kaabah daripada datuk Nabi SAW. Maka 'Amru ibnu 'Amir telah mengasaskan penyembahan berhala dan amalan-amalan kaum jahiliah yang sesat."

Kesesatan ini tersebar meluas sehinggalah ia dihapuskan oleh Allah melalui perutusan Rasulullah SAW.

Ahli fatrah

Setelah sekian lama amalan penyembahan berhala berterusan dan jarak perutusan seorang nabi dengan nabi yang lain terlalu jauh, maka masyarakat penyembah berhala ini mendapat keuzuran daripada sebarang petaklifan.

Mereka inilah yang digelar sebagai ahli fatrah iaitu manusia yang hidup di suatu zaman yang tiada di sana perutusan sebarang rasul.

Golongan ini walaupun melakukan penyembahan berhala, akan tetap terselamat daripada seksaan neraka menurut jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan firman Allah SWT: Dan Tidaklah kami mengazab sesuatu kaum melainkan setelah kami utuskan buat mereka seorang Rasul yang menyampaikan seruan Islam. (al Isra': 15)

Agama dan kepercayaan

Dalam keadaan masyarakat yang begitu tebal kepercayaan mereka terhadap amalan penyembahan berhala, terdapat juga agama dan kepercayaan lain yang diamalkan di zaman jahiliah di antaranya; agama kaum Yahudi dan Nasrani yang telah terseleweng daripada acuan asalnya.

Demikian juga tidak sunyi pada zaman tersebut daripada sekelompok manusia yang masih berpegang teguh dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s yang masyhur dikenali sebagai agama hanif.

Ajaran ini tidaklah tersebar luar sehingga menjadi amalan yang tersebar di seluruh Tanah Arab, akan tetapi ia tetap dipegang dan diamalkan oleh kebanyakan anak cucu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sentiasalah ada dari kalangan zuriat Nabi Ibrahim AS, satu golongan manusia yang tetap di atas fitrah (beriman) menyembah Allah.

Ada banyak fakta sejarah yang diriwayatkan yang mendokong beberapa hadis nabi SAW bahawa ramai di kalangan datuk moyang baginda SAW yang berpegang dengan agama hanif tanpa mencampuradukkan ia dengan amalan penyembahan berhala.

Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Adalah Adnan, Ma'ad, Rabi'ah, Mudhar, Khuzaimah dan Asad berada di atas agama Ibrahim AS, janganlah sesekali kamu menyebut perihal mereka melainkan dengan ucapan yang baik.

Daripada perbahasan di atas secara ringkasnya kita mendapati bahawa kebanyakan mereka yang meninggal dunia sebelum perutusan Rasulullah SAW adalah terselamat daripada seksaan neraka, sama ada mereka dari kalangan penyembah berhala mahupun yang berpegang dengan ajaran Nabi Ibrahim.

Oleh yang demikian, tidak bolehlah kita melaung-laungkan suara bahawa nenda, ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah dari kalangan penghuni neraka. Kerana ia secara jelas bersalahan dengan i'tikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menyentuh tentang perbahasan akidah ayahanda dan bonda Rasulullah SAW, pendapat yang tepat dan terpilih adalah mereka ini dari kalangan yang mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim a.sdaripada anak cucu Adnan. Ini juga kerana tidak terdapat nas yang thabit yang menunjukkan bahawa mereka adalah penyembah berhala.

Bahkan fakta-fakta sejarah yang dikutip daripada kitab-kitab sirah banyak merakamkan bukti yang jelas bahawa mereka adalah golongan yang beriman.

Dalam dalil yang umum pula, keimanan mereka dinyatakan melalui firman Allah SWT: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua (Nabi Ibrahim dan Ismail), orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami, umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu. (al-Baqarah: 128)

Dikeluarkan oleh Ibnu Jarir al-Tobari di dalam tafsirnya, daripada Mujahid mengenai pentafsiran ayat 35 surah Ibrahim yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman dan jauhkanlah aku dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala.

Ibnu Jarir berkata: "Allah telah memperkenankan doa Nabi Ibrahim untuk anak-cucunya, maka tiada seorang pun dari kalangan zuriatnya yang menyembah berhala".

Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim di dalam tafsirnya, Sufyan ibn 'Uyainah r.a ditanya: Adakah terdapat salah seorang daripada zuriat Nabi Ismail a.s yang menyembah berhala?

Beliau menjawab: Tidakkah kamu mendengar firman Allah SWT (bermaksud): Dan jauhkanlah aku (Nabi Ibrahim) dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala. (Ibrahim: 35)

Allah SWT berfirman (maksudnya): Yang melihat pergerakan dirimu di antara orang-orang yang sujud. (al Syu'ara': 219)

Mengenai penafsiran ayat ini, Ibnu Abbas RA berkata: "Dan dari seorang Nabi kepada seorang Nabi yang lain, kemudian kepada seorang Nabi sehinggalah dilahirkan Baginda SAW sebagai seorang nabi".

Ibnu Abbas r.a mentasirkan firman Allah SWT ini sebagai perpindahan benih daripada sulbi seorang nabi ke sulbi nabi seterusnya yang tergolong dari kalangan para sajidiin (mereka yang sujud dan beriman kepada Allah).

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah aku dilahirkan daripada perzinaan kaum Jahiliah walau sedikitpun dan tidaklah aku dilahirkan melainkan daripada hasil pernikahan seumpama Islam".

Diriwayatkan dalam Dalail al Nubuwwah daripada Ummu Sama'ah binti Abi Ruhm, daripada ibunya berkata: Aku telah menyaksikan Aminah bonda Rasulullah SAW ketika gering dan Muhammad ketika itu berusia lima tahun duduk di sisi kepalanya. Maka Aminah memandang wajahnya seraya berkata: "Semoga Allah memberkatimu dari kecil, wahai anak daripada ayahandanya (Abdullah) yang ditakdirkan mati, tetapi telah terselamat dengan pertolongan Allah Raja Yang Memberikan Nikmat, dia telah ditebus pada keesokan paginya ketika hendak disembelih, dengan seratus ekor unta yang mahal. Sekiranya benar apa yang telah aku saksikan ketika tidur, engkau akan diutuskan kepada sekalian makhluk; dari sisi Tuhan Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan; Engkau akan diutuskan di Tanah Halal dan Haram; diutuskan juga dengan kebenaran dan Islam, agama datukmu Ibrahim yang mulia, maka Allah telah menghalangmu daripada mendekati berhala supaya kamu tidak menyembahnya bersama kaum jahiliah".

Mengambil kira pelbagai hujah berkenaan isu ini, jelaslah bahawa ruang untuk mengelakkan tanggapan buruk terhadap nasib kesudahan ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah terbuka luas bagi kita.

Marilah kita mengambil sikap yang lebih selamat yang sebenarnya menjadi sikap ulama-ulama terbilang dulu dan kini termasuklah, Al-Imam al-Hafiz Jalaluddin al Suyuti r.a yang dilaporkan berkata: "Aku berfatwa sesungguhnya yang layak (dii'tikadkan), bahawa bonda Rasulullah SAW beriman dan mentauhidkan Allah serta kesudahannya adalah sepertimana mereka yang menganut agama hanif pada zaman jahiliah iaitu agama Nabi Ibrahim al-Khalil yang tidak melakukan amalan menyembah berhala".

Kita juga mendapati Mufti Mesir, Sheikh Dr. Ali Juma'ah dalam koleksi fatwanya (Al-Bayan Lima Yushghilu al-Azhan, ms.170) mengajak kita untuk memahami nas-nas yang bercanggah dengan kesimpulan ini dengan takwilan yang lebih selari dengan nas-nas yang lebih kukuh dan lebih sesuai dengan ketinggian darjat Nabi SAW.

Semoga kita sentiasa digolongkan di kalangan mereka yang memelihara kemuliaan dan menunaikan hak Baginda SAW dengan sebaik-baiknya.

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

UTUSAN MALAYSIA


Khutbah jumaat dikira 2 rakaat?

berlaku khilaf dua pendapat pd masalah ini..

perndapat pertama : 2 khutbah adalah penganti dua rakaat dari kerana solat jumaat kurang dua rakaat dr zuhur.

pendapat kedua : solat jumaat memang hanya 2 rakaat dan khutbah bukan menyamai 2 rakaat..pendapat ini paling kuat.

Haram taat kpd kezaliman siapa jua samada pemerintah atau rakyat

Sabda Nabi saw yg bermaksud :

"Akan ada selepas zaman ku nanti pemerintah2 yg melakukan kezaliman dan pembohongan. Siapa yg pergi kepada mereka lalu dibantu kezaliman yg mereka buat dan membenarkan pembohongan mereka itu maka dia bukan golongan ku dan aku bukan golongannya dan dia tidak akan dapat minum di kolam kausar ku dihari kiamat."

source : ustaz azhar idrus

Wednesday, February 9, 2011

VALENTINE’S DAY DALAM PANDANGAN ISLAM



Sebenarnya ada banyak versi yang tersebar berkenaan dengan asal-usul dari Valentine’s Day, namun pada umumnya kebanyakan orang mengetahui tentang peristiwa sejarah yang dimulai ketika dahulu kala bangsa Romawi memperingati suatu hari besar setiap tanggal 15 Februari yang dinamakan Lupercalia. Peringatan hari besar ini dirayakan untuk menghormati Juno (Tuhan Wanita) dan Perkawinan, serta Pah (Tuhan dari Alam). pada saat itu digambarkan orang-orang muda (laki-laki dan wanita) memilih pasangannya secara diundi, kemudian mereka bertukar hadiah sebagai pernyataan cinta kasih. Dengan diikuti berbagai macam pesta dan hura-hura bersama pasangannya masing-masing.

Perayaan Lupercalia adalah rangkaian upacara pensucian di masa Romawi Kuno (13-18 Februari). Dua hari pertama, dipersembahkan untuk dewi cinta (queen of feverish love) Juno Februata. Pada hari ini, para pemuda mengundi nama–nama gadis di dalam kotak. Lalu setiap pemuda mengambil nama secara acak dan gadis yang namanya keluar harus menjadi pasangannya selama setahun untuk senang-senang dan obyek hiburan. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan srigala. Selama upacara ini, kaum muda melecut orang dengan kulit binatang dan wanita berebut untuk dilecut karena anggapan lecutan itu akan membuat mereka menjadi lebih subur.

Ketika agama Kristen Katolik menjadi agama negara di Roma, penguasa Romawi dan para tokoh agama katolik Roma mengadopsi upacara ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristiani, antara lain mengganti nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor. Di antara pendukungnya adalah Kaisar Konstantine dan Paus Gregory I (lihat: The Encyclopedia Britannica, sub judul: Christianity). Agar lebih mendekatkan lagi pada ajaran Kristen, pada 496 M Paus Gelasius I menjadikan upacara Romawi Kuno ini menjadi Hari Perayaan Gereja dengan nama Saint Valentine’s Day untuk menghormati St.Valentine yang kebetulan mati pada 14 Februari (lihat: The World Book Encyclopedia 1998).

The Catholic Encyclopedia Vol. XV sub judul St. Valentine menuliskan ada 3 nama Valentine yang mati pada 14 Februari, seorang di antaranya dilukiskan sebagai yang mati pada masa Romawi. Namun demikian tidak pernah ada penjelasan siapa “St. Valentine” termaksud, juga dengan kisahnya yang tidak pernah diketahui ujung-pangkalnya karena tiap sumber mengisahkan cerita yang berbeda. Menurut versi pertama, Kaisar Claudius II memerintahkan menangkap dan memenjarakan St. Valentine karena menyatakan tuhannya adalah Isa Al-Masih dan menolak menyembah tuhan-tuhan orang Romawi. Orang-orang yang mendambakan doa St.Valentine lalu menulis surat dan menaruhnya di terali penjaranya.

Versi kedua menceritakan bahwa Kaisar Claudius II menganggap tentara muda bujangan lebih tabah dan kuat dalam medan peperangan dari pada orang yang menikah. Kaisar lalu melarang para pemuda untuk menikah, namun St.Valentine melanggarnya dan diam-diam menikahkan banyak pemuda sehingga iapun ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M (lihat: The World Book Encyclopedia, 1998). Kebiasaan mengirim kartu Valentine itu sendiri tidak ada kaitan langsung dengan St. Valentine. Pada 1415 M ketika the Duke of Orleans dipenjara di Tower of London, pada perayaan hari gereja mengenang St.Valentine 14 Februari, ia mengirim puisi kepada istrinya di Perancis. Kemudian Geoffrey Chaucer, penyair Inggris mengkaitkannya dengan musim kawin burung dalam puisinya (lihat: The Encyclopedia Britannica, Vol.12 hal.242 , The World Book Encyclopedia, 1998).

Lalu bagaimana dengan ucapan “Be My Valentine?” Ken Sweiger dalam artikel Should Biblical Christians Observe It?” mengatakan kata “Valentine” berasal dari Latin yang berarti : “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa”. Kata ini ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Maka disadari atau tidak, -tulis Ken Sweiger- jika kita meminta orang menjadi “to be my Valentine”. Dalam Islam hal ini tentu termasuk Syirik, artinya menyekutukan Allah. Adapun Cupid (berarti: the desire), si bayi bersayap dengan panah, adalah putra Nimrod, the hunter (dewa Matahari). Disebut tuhan Cinta, karena ia rupawan sehingga diburu wanita bahkan ia pun berzina dengan ibunya sendiri!




MENYINGKAP HARI VALENTINE

Sejarah Valentine di atas menjelaskan kepada kita apa dan bagaimana Valentine’s Day itu, yang tidak lain bersumber dari paganisme orang musyrik, penyembahan berhala dan penghormatan pada pastor. Bahkan tak ada kaitannya dengan kasih sayang. Lalu kenapa kita masih juga menyambut hari valentine? Adakah ia merupakan hari yang istimewa? Adat kebiasaan? Atau hanya ikut-ikutan semata tanpa tahu asal muasalnya? Bila demikian, sangat disayangkan banyak teman-teman kita -remaja putra-putri muslim – yang terkena penyakit ikut-ikutan mengekor budaya Barat dan acara ritual agama lain.




Allah SWT berfirman :
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawabnya? (QS. Al-Isra’ [17]: 36).




Ikut Valentine’s Day berarti menghancurkan kepribadian dan karakter kita sendiri, kepribadian muslim. Maka dari itu jauhilah kebiasaan yang jahiliyah, yang dapat merosak keperibadian kita, merosak keIslaman kita. Jika generasi muda muslim telah rosak, maka Islam ini akan mudah dihancurkan. Kita sebagai muslim memiliki karakter dan kepribadian yang khas dan istimewa berdasarkan teladan Rasulullah SAW. Tanggung jawab kita adalah mengamalkan dan memeliharanya. Jadi, mengapa harus mengambil kepribadian orang lain yang belum tentu baik, atau bahkan nyata keburukannya? Wallahu A`lam.





Tarikh Keputusan: 24 Nov, 2005

Oleh: Muzakarah Kali Ke 71

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.



Keterangan/Hujah:

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:



من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:



من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.






Hari kekasih boleh rosakkan akidah





"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah
terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah
(agama Islam) itulah petunjuk yang benar." Dan demi sesungguhnya jika engkau
menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi)
pengetahuan kepadamu (mengenai kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh
daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan
kepadamu. Orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka
membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit
maksudnya), mereka itulah orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang
mengingkarinya, maka mereka itulah orang yang rugi."
(Surah al-Baqarah, ayat 120-121)

Fikrah: Hari kekasih boleh rosakkan akidah
KEDATANGAN 14 Februari setiap tahun dinanti-nantikan kebanyakan remaja bagi
meluah atau menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Hari
Valentine atau 'Hari Kekasih' disambut dengan pelbagai cara dan acara dari
kiriman kad dan bunga hingga parti tari menari.


Acara ini bermula pada 13 Februari, iaitu setiap gadis akan menuliskan
namanya pada sehelai kertas dan memasukkannya ke dalam sebuah kotak.
Kemudian pada 14 Februari setiap pemuda akan memilih satu lipatan kertas
dalam kotak itu. Mereka akan hidup bersama perempuan yang ada namanya dalam
lipatan kertas itu selama satu tahun. Jika dalam masa itu mereka menganggap
diri masing-masing sesuai antara satu sama lain dan saling mencintai, maka
kedua-duanya akan dinikahkan. Upacara ini dikenali sebagai Lupercalia.

Selepas agama Kristian memasuki Rom, maka mereka mengambil dan mewarnai
upacara tradisi ini dengan unsur Kristian serta menjadikannya sebahagian
daripada ajaran agama mereka.

Menurut Encyclopedia Britanica, pada 496 Masihi, Gelasius I menjadikan
upacara ini satu bentuk daripada perayaan gereja dan menukar Lupercalia
kepada Valentine's Day. Ia untuk menghormati St Valentine, iaitu seorang
yang dianggap suci dalam agama Kristian yang kebetulan mati pada 14
Februari.

The Catholic Encyclopedia pula menjelaskan bahawa ada tiga orang suci
(saint) dalam agama Kristian yang mempunyai nama Valentine. Mereka ialah
orang yang dianggap memiliki jasa besar terhadap agama itu. Antara mereka
ialah St Valentine yang hidup pada zaman Claudius II.

Mengikut beberapa sumber, Valentine, seorang paderi Kristian yang giat
menyebarkan agama itu di Rom.

Pada masa pemerintahannya, Claudius II memenjara orang Kristian kerana
mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine
seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa dalam penjara.

Dia walaupun berada dalam penjara, tetap berusaha mengajar dan menyebarkan
agama itu di kalangan banduan. Valentine juga membantu tawanan penjara
melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini diketahui Raja Rom dan dia
diseksa. Akhirnya dia dihukum bunuh pada 14 Februari.

Orang Kristian menganggap Valentine seorang yang mulia kerana sanggup
berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan
penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus
dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati
antara seorang hamba dengan tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga
bahawa ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan anak salah seorang
pegawai penjara. Pada akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis
sepucuk surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan From your Valentine
(Daripada Valentinemu).

Hakikatnya, adalah tidak boleh orang Islam
menyertainya kerana ia adalah hari perayaan bagi orang Kristian.

Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu
sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan
perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak. Ia bukannya
yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.

Hakikatnya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam
agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah
menyekat hubungan kasih sayang antara umatnya.

Dalam Islam ada tiga kategori kasih. Pertama, kasih Pencipta (Allah) kepada
hamba-Nya. Kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan ketiga, kasih makhluk
sesama makhluk.

Banyak ayat al-Quran dan hadis menyatakan mengenai hikmat dan besarnya
faedah berkasih sayang.

Allah menjelaskan keagungan nikmat-Nya kepada makhluk-Nya melalui nikmat
kasih sayang yang tafsirnya: "Dan (Dialah) yang menyatupadukan antara hati
mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda)
yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan antara
hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan antara (hati) mereka."
(Surah al-Anfaal, ayat 63).

Firman-Nya lagi bermaksud: "Lalu Allah menyatukan antara hati (sehingga kamu
bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah
itu orang Islam yang bersaudara." (Surah Ali Imran, ayat 103).

Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah sangat mencela dan mengingatkan
dengan keras terhadap perpecahan sesama makhluk. Allah juga memerintahkan
umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan dilarang
berpecah belah dan bermusuhan.

Kasih sesama makhluk pada sifatnya tidak kekal, ia bergantung kepada
keadaan. Tetapi kasih hamba kepada pencipta-Nya dengan iman dan takwa dan
kasih Pencipta kepada hamba-Nya adalah berkekalan. Hal ini jelas seperti
firman Allah bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad saw): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka
ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa
kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui." (Surah Ali
Imran, ayat 31).

Oleh itu, sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan
remaja tidak terikut-ikut dengan budaya 'Hari Kekasih' yang dicipta oleh
orang Kristian. Sebaliknya, hendaklah menumpukan masa dan waktu kepada Allah
dengan melakukan perkara yang mendatangkan manfaat, yang matlamat akhirnya
menghidupkan cinta kepada Allah.

'Hari Kekasih' yang dibawa oleh orang Barat tanpa disedari bertujuan meleka
dan merosakkan akhlak masyarakat Islam.

Bagi menjelaskan masalah sebilangan remaja yang begitu mudah terpengaruh
dengan budaya asing, al-Quran memberi pengajaran dan ingatan kepada umat
Islam, bahawa orang Yahudi dan Kristian akan terus berusaha sedaya upaya
untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut kehendak mereka. Allah berfirman
bermaksud :

"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah
terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah
(agama Islam) itulah petunjuk yang benar." Dan demi sesungguhnya jika engkau
menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi)
pengetahuan kepadamu (mengenai kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh
daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan
kepadamu. Orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka
membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit
maksudnya), mereka itulah orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang
mengingkarinya, maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Baqarah, ayat
120-121)

Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang Yahudi dan
Nasrani itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang Islam
supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka.

Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan
keperibadian orang Islam. Malangnya, masih ada umat Islam yang tidak
menyedari hakikat ini. Maka, bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang
terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka. Kononnya,
menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran
Islam dan bertentangan dengan akhlak dan budi pekerti mulia.

Oleh itu, sebagai orang Islam kita hendaklah membuat sesuatu perkara itu
dengan mengikut landasan Islam yang sebenar. Mengamalkan adat dan budaya
Melayu yang sopan lagi tertib tidaklah salah, asalkan tidak bertentangan
dengan prinsip dan ajaran Islam.

Harus diingat mengamal dan mengikut budaya asing, terutama dalam meraikan
hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu, sebenarnya akan
menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perkara seperti
ini bukan saja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan
keimanan dan akidah mereka.

source : HKC

Saturday, January 29, 2011

Kita ada hak sebenarnya

Assalamu'alaykum,

Saya dalam proses membeli rumah sub-sale. dan insyaAllah tidak lama lagi akan menandatangani perjanjian S&P.

Besar kemungkinan akan terdapat klaus mengenai penalti (jika bank pembeli lambat menyelesaikan baki harga rumah kepada pihak penjual) di dlm S&P nanti.

Saya ingin tahu mengenai hukum sebenar penalti ini dan mungkin boleh dihuraikan serba sedikit kerana isu ini saya ingin bincangkan bersama penjual nanti.

Dan mungkin ada cara-cara lain yang boleh dilakukan seperti mengubah klaus di dalam S&P seperti memanjangkan tempoh yang diberi sebelum penalti dikenakan kepada pembeli atau tiada langsung penalti dikenakan bagi sebarang kelewatan. Tapi besar kemungkinan pihak penjual tidak akan bersetuju kerana dia akan rugi

Minta pandangan ustaz. Jazakumullahu khayr

UZAR : kluasa itu memang riba, tetapi amat sukar dalam praktis hari ini untuk dibuang kerana pihak-pihak lain. Jalan terbaik buat masa ini adalah mendesak dan memastikan pihak bank yang kita ambil, bersikap efisyen dalam prosesing, saya sendiri pernah kena, akibat pihak bank lewat selesaikan, tapi saya buat surat rasmi kpd CEO bank islam terbabit dan meminta mereka yang bertanggungjawa b. Mereka akur akhirnya


zaharuddin.net

Saturday, December 11, 2010

Panassss... part 2

Soalan kepada ustaz azhar idrus :

Salam ustaz ... sedikit persoalan tentang najis Muqhallazah

Saya ternampak ada cina bawak masuk anjing mandi dalam swimming pool kanak2 kat rumah saya. Air dari swimming pool kanak2 akan mengalir ke swimming pool besar. Begitu jugak sebaliknya. Kira iar tu ada rotation la

Soalan :

1. Apa status air awimming pool tersebut
2. Boleh ke kita mandi kat situ. Sebelum kejadian tu, mmg saya selalu bawak anak2 mandi situ

thx

Jawapan :

1. Air dlm kolam tersebut tidak menjadi najis sebab kandungan air yg banyak melebihi dua kolah.

2. Boleh mandi disitu jika mahu.

ALHAMDULILLAH

Friday, December 10, 2010

Hukum Minum Barbican

Soalan :

apa hukum nya minum air Malt Barbican dr negara Arab yg semakin digemari ramai sekarang ini ustaz, dah makin menjadi trend dah. Minuman ni rasa dia macam alkohol ustaz tp isi kandungan dia tulis non alkohol, saya rasa sbb Malt ni bahan asas sblom jd alkohol sbb tu dia rasa dah nak mcm alkohol. Cara minuman ini dibotolkan pun dah macam alkohol.
Mintak penjelasan ustaz, boleh minum ke tak Barbican ni?

Jawapan :

Air barbarican bukan arak yg diharamkan tetapi olih kerana dibotolkan menyerupai arak dan airnya mcm arak lebih baik ditinggalkan saja kerana membawa fitnah kpd umat Islam.

Air malta bukan arak tetapi diproses olih kilang arak ternama jadi tetap haram kerana fitnah.

Monday, October 18, 2010

Pembiayaan Rumah dalam Pembinaan

Komen dari Iskandar:

Konsep perbankan Islam ni konsep ambil untung dengan jadi orang tengah.

Sebab bank ada duit, bank beli dulu. Kemudian jual pada pembeli dengan harga lebih tinggi. Lebihan tu untung pada bank.

Okay. Takde masalah.

Tapi sayangnya, ia hanya konsep. Bukan praktik.

Cuba tengok loan rumah. Bank beli dulu, dan jual pada kita. Bank dapat untung.

Tapi kalau projek perumahan tiba2 terbengkalai, bank yg merupakan tuan empunya barangan sudah tidak dapat berikan barang jualannya. Sudah langgar kontrak.

Jadi sepatutnya bayaran bulanan tak perlu bayar. Saya sebagai pembeli yg dijanji rumah. Tapi bank mungkir. Memang lah ia kerja pemaju. Tapi bank yg patut selesaikan. Bukan saya. Sebab saya beli dari bank — bukan pemaju.

Bukan begitu sepatutnya?

1. Berikut adalah komen berkaitan financing property under construction.

2. Pembiayaan rumah dalam pembinaan mempunyai satu risiko yang besar. Kalau rumah tak siap, amacam ? Siapa yang patut tanggung risiko?

3. Bank, mempunyai tanggungjawab untuk memastikan deposit pelanggan tidak hilang. Justeru, mereka sebolehnya akan memastikan risiko rumah tidak siap ditanggung oleh pihak lain. Inilah pendekatan pengurusan aset-liabiliti yang sedia ada.

4. Apa yang sudah berlaku terhadap kes terdahulu, saya tidak dapat beri komen. Cuma apa yang saya tahu sekarang, ada bank-bank Islam yang sudah menapis senarai pemaju untuk mengelakkan masalah terdahulu. Jadi, hanya pemaju yang betul-betul ada reputasi yang baik sahaja akan diterima. Untuk pemaju baru bermula dan kecil agak sukar.

5. Pendekatan terbaru ini juga ada buruknya kerana pemaju yang baru bermula dalam industri hartanah tidak dapat melantik bank-bank Islam tertentu untuk menjadi panel. Justeru, pelanggan mempunyai pilihan bank riba yang lebih banyak.

6. Apa yang boleh buat kalau terkena ? Bank barangkali tidak mahu berapa nak layan. Apa yang boleh buat, berhubunglah dengan Bank Negara Malaysia kerana selalunya bila BNM bagi arahan, baru bank-bank akan buat.

7. Struktur yang betul adalah menggunakan kontrak istisna’ untuk pembiayaan sebegini. Walaupun pada masa akan datang ada bank yang menawarkan produk pembiayaan dengan kontrak ini, pengguna perlu betul-betul faham isi kandungan perjanjian yang ditandatangani untuk memastikan risiko rumah tidak siap ditanggung oleh siapa. Jangan biasa terus tandatangan perjanjian tanpa meneliti apa yang terkandung di dalamnya.

8. Perkembangan terbaru juga menyaksikan bank-bank Islam mula mewujudkan jabatan / unit pematuhan Shariah (Shariah compliance) untuk memastikan isu sebegini diselia dengan lebih teliti.

9. Seperti mana yang dinasihatkan oleh para pelabur hartanah, pastikan kita semua membeli rumah dari pemaju yang mempunyai reputasi yang baik dan proven track record. Peranan kita sebagai pengguna adalah sangat besar. Selain pengguna boleh mengajar bank-bank Islam supaya mengeluarkan produk yang lebih baik, pengguna juga boleh mengajar pemaju agar menjadi lebih bertanggungjawab kerana isu rumah tak siap ini bukan salah satu pihak sahaja. Malah, mungkin polisi siap baru jual juga akan diperkenankan oleh kerajaan untuk dilaksanakan.

10. Pegawai-pegawai Shariah di bank juga kelihatan berusaha keras memberikan kesedaran ini di peringkat dalaman untuk memastikan prinsip Shariah betul-betul dilaksanakan. Semoga usaha gigih mereka akan membuahkan sesuatu yang lebih baik untuk semua pihak dalam perkembangan perbankan Islam di Malaysia.

--------------
Catatan:
Pakdi
Pengarang buku Rancang Wang Dari Sekarang
www.pakdi.net
Hakcipta terpelihara (c).

Hukum Melabur dalam ASB - satu pendapat

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

**

Para pembaca blog saya yang setia barangkali sudah mengetahui saya ada mencatat beberapa kali tentang hukum pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Malah, dalam buku Rancang Wang Dari Sekarang, mukasurat 42-43 saya ada menghuraikan selaku orang awam (yang tidak dilatih dalam disiplin usul fiqh khususnya) apakah sikap yang mesti kalian ambil dalam isu ini.

Hari ini saya terbaca catatan seorang rakan FB mengenai isu ini, lantas membawa saya kepada catatan di website Prof. Dr Mahmood Zuhdi yang merupakan seorang pensyarah di UIAM yang juga terlibat menjadi panel Shariah dan fatwa di beberapa institusi fatwa, instusi kewangan di dalam dan luar negara.

Tulisannya bertajuk Hukum Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Saya salin semula tulisan beliau dalam blog ini untuk bacaan kalian. Sekiranya ada permasalahan, komen dan sebagainya saya sarankan agar terus disalurkan kepada beliau sendiri melalui website beliau. Saya tidak menjawab bagi pihak beliau.

Hukum Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Pendahuluan:

Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah satu jenis saham amanah yang bertujuan untuk membantu kaum Bumiputra meningkatkan ekuiti mereka dalam kekayaan negara. Caranya ialah dengan mengumpulkan dana dari kaumbumiputra untuk dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang menguntungkan. Malah berbagai inisiatif telah dilakukan bagi menjadikan pelaburan berkenaan sangat menguntungkan, termasuk dengan menggunakan hak istemewa kaum bumiputra sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Sebagaimana maklum, pegangan kaum bumiputra dalam kekayaan negara berada pada paras yang sangat rendah berbanding dengan sesetengah kaum di negara ini. Antara sebabnya ialah kedudukan ekonomi kaum Bumiputra telah diabaikan begitu lama sekali oleh kaum penjajah, sementara beberapa pihak lain mendapat peluang yang jauh lebih baik berasaskan polisi penjajahan yang begitu lama sekali diamalkan dalam Negara ini.

Sehingga hari kemerdekaan,ekuiti kaum Bumiputra dalam kekayaan Negara boleh dikatakan sebagai kosong peratus. Bagi mengatasi keadaan yang sangat tidak adil ini kerajaan telah menetapkan pencapaian 30% bagi kaum bumiputra melalui Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan di Negara ini. Salah satu daripada program yang dilaksanakan bagi memenuhi agenda Dasar Ekonomi Baru berkenaan ialah skim amanah untuk Bumiputra yang dinamakan ASB ini.

Sejak mula ia dilancarkan, skim amanah ini telah memainkan paranan yang berkesan, di samping berbagai skim lain lagi dalam mempertingkatkan pegangan ekuiti kaum Bumiputra di Negara ini. Walaupun matlamat 30% belum dicapai sehingga Daras Ekonomi Baru sudah tamat tempohnya namun kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan sudah mempunyai tapak untuk berpijak dalam ekonomi Negara. Sehingga pada suatu peringkat matlamat itu hampir dapat dicapai dengan sepenuhnya.

Malangnya kekalutan ekonomi dunia pada akhir tahun sembilan-puluhan telah meninggalkan kesan buruk kepada pegangan ekuiti kaum bumiputra di Negara ini. Malaysia sendiri sebagai sebuah Negara mengalami kesan negatif yang parah daripada kemelut yang datang secara mendadak itu. Namun kesan buruk itu dapat diatasi dengan jayanya. Lain ceritanya tentang kaum Bumiputra. Sudahlah matlamat 30% belum tercapai, apa yang sudah dicapai pun tidak dapat dipertahankan. Sebelum ekonomi dunia merudum kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan telah mencapai lebih 20% dari keseluruhan kekayaan Negara. Malangnya angka tersebut telah menjadi kurang daripada 20% selepas krisis berkenaan. Sampai kehari ini ternampak sukar sekali angka tersebut untuk ditingkatkan. Salah satu daripada sebabnya ialah sikap negatif kaum Bumiputra sendiri dalam hal ekonomi dan kewangan.

Menyedari pentingnya pencapaian matlamat 30% ekuiti Negara oleh kaum Bumiputra ini, bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk kestabilan Negara, kerajaan telah menegaskan semula untuk mencapai angka tersebut melalui berbagai cara dalam tempoh pelaksanaan wawasan 2020. Antara acara tersebut ialah melanjutkan program-program amanah seperti ASB ini.

Permasalahan

Walau bagaimana pun, pelaksanaan skim amanah ASB ini dengan segala cara dan objektif yang ada menghadapi berbagai rintangantermasuk daripada kaum Bumiputra sendiri. Antara rintangan tersebut ialah persoalan tentang hukum menyertainya dalam Islam. Ada terdapat dikalangan umat Islam di Negara ini yang meragui kehalalannya dari segi Syarak memandangkan keterlibatan skim amanah tersebut dengan pelaburan di beberapa kaunter haram, misalnya yang melibatkan penjualan arak, perjudiaan, pengambilan riba dan sebagainya.

Sebagaimana maklum, skim ASB ini terbentuk berasaskan kepada dasar perkongsian keuntungan, iaitu suatu alternatif yangmemberi jaminan halal berbanding kaedah konvensional yang berasaskan kepada peratus tetap keuntungan. Mengikut hukum Syarak, kaedah peratus tetap boleh melibatkan riba yang diharamkan oleh Islam. Sedangkan kaedah perkongsian untung tidak melibatkan hal seperti itu. Oleh yang demikian status halal bagi skim ini, dari perspektif ini tidak berbangkit. Malah inilah kaedah yang sentiasa digunakan oleh skim-skim yang berlabelkan Islam dalam Negara ini, juga di Negara-negara Islam yang lain, seperti perbankan Islam dan sebagai nya.

Apa yang menjadi persoalan, sepertimana yang telah disebut di atas ialah penyertaan ASB dalam pelaburan di beberapa kaunter haram. Mengikut pendapat sesetengah umat Islam di Negara ini penyertaan yang tidak sepatutnya itu telah menjadikan skim yang berasaskan kepada kaedah halal berkenaan menjadi haram.

Antara alasan yang diberikan ialah adanya percampuran antara yang halal dan yang tidakhalal dalam skim itu. Kaedah yang digunakan ialah “ ??? ????? ??? ?????? ??????? ???? ??????“ yang bermaksud “apabila berlaku percampuran antara yang halal dan yang haram maka yang haram akan diutamakan (dalam menentukan hukum). Dengan kata lain, sesuatu yang halal itu akan dengan sendirinya menjadi haram apabila bercampur dengan sesuatu yang haram.

Antara contoh yang diberikan sebagai aplikasi kepada kaedah tersebut ialah apabila sekawah gulai dimasuki oleh sedikit tahi ayam maka gulai yang sekawah itu walaupun banyak akan menjadi najis kerana tahi ayam yang sedikit itu. Bandingannya samalah dengan pelaburan ASB di kaunter-kaunter haram. Walaupun nisbahnya sangat sedikit tetapi ia boleh menjadikan nisbah pelaburan di kaunter halal yang merupakan majoriti besar dalam skim berkenaan menjadi haram.

Kekeliruan

Walau bagaimana pun pandangan tersebut tidak berasaskan kepada metod penentuan hukum yang sebenar sepertimana yang terdapatdalam pengajian hukum Islam. Ia lebih berasaskan kepada sikap umum Syariat Islam yang sangat tidak suka kepada perkara haram. Sikap umum ini merupakansuatu prinsip yang sangat baik. Kerana ia menggambarkan idealisme Islam itu sendiri yang unggul. Bagaimanapun dalam merialisasikan idealisme ini dalam kehidupan sebenar, dalam Islam sendiri terdapat berbagai kaedah dan cara untuk menjadikan aplikasi tersebut benar-benar rasional dan praktikal. Dengan kata lain, pandangan di atas adalah benar sebagai suatu idealisme yang tinggi tetapi sebaliknya bila dilihat dari sudut praktikal yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Secara ringkasnya, hubungan anatara ASB sebagai satu skim amanah pelaburan dan para pelabur sebagai peserta dalam skim tersebut adalah bersifat hubungan antara dua pihak yang bermuamalah dalam suatu kontrak yang halal, iaitu pelaburan berasaskan perkongsian untung. Dalam hubungan ini ASB adalah satu badan halal yang berniaga berasaskan kaedah yang halal. Iabukan suatu badan tidak halal, seperti kilang arak atau kedai judi yang tabiat kerjanya sendiri haram.

Bandingannya samalah dengan penyertaan seseorang dalam skim perkhidmatan awam di Negara ini. Asasnya ialah memberi khidmat berasaskan upah, iaitu satu kontrak yang jelas halal. Dalam hubungan ini, kerajaan sebagai majikan merupakan badan halal. Kerana ia menawarkan khidmat kepadamasyarakat secara halal. Ia bukan badan tidak halal seperti gerakan bawah tanah yang menjalankan kerja-kerja yang haram.

Apabila ASB melabur dalam beberapa kaunter haram sifatnya sebagai badan halal tidak boleh bertukar dengan begitu sahaja. Seorang muslim yang menerima akidah dan kehidupan Islam secara umum tidak akan bertukarmenjadi kafir apabila melakukan sedikit sebanyak maksiat yang tidak menukarkan identitinya daripada seorang muslim kepada bukan muslim. Cuma orang itu berdosa dan perlu bartaubat. Urusan muslim lain dengannya tetap sah di sisi Syarak. Isteri atau suaminya tidak tertalak dengan kerana itu. Kalau bapanya mati dia masih tetap boleh menerima pusaka dan banyak lagi contoh yang boleh difahami secara mudah.

Samalah juga denga kerajaan yang mengambil cukai arak, cukai pelacuran dan sebagainya. Ia tetap kerajaan yang sah dan halal di sisi Islam. Perbuatannya itu adalah dosa untuknya sahaja dan tidak menjadikan kerajaan berkenaan sebagai badan tidak halal dari segi Syarak. Semua pegawai kerajaan tidak boleh bertukar menjadi orang yang makan harta haram kerana perbuatan kerajaan seperti itu, apalagi perlu meletakkan jawatan masing-masing.

Satu aplikasi mudah bagi prinsip percampuran antara yang halal dengan yang haram ini boleh dilihat kepada banyak contoh prinsip Istihalah dalam hukum Islam. Antaranya ialah air musta’mal menjadi mutlaq apabila bercampur dengan air mutlaq yang lebih dua Qullah. Ucap Salam assalamu alaikum kepada khalayak yang bercampur antara orang Islam dan bukan Islam dibolehkan, bangkai dalam air mutlaq yang banyak tidak boleh menjadikan air itu najis selagi ia tidak mengubah warna, rasa atau baunya, lalat mati dalam secawan teh tidak boleh menjadikan teh itu najis dan banyak lagi contoh- contoh yang sangat mudah difahami.

Malah kalau kita bijak menganalisis Maqasid al-Syariah dalam hukum Islam dan kedudukan ASB sebagai salah satu cara untuk menjamin survival umat Islam di Negara ini tentu sekali kita merasa tidak bijak untuk mengatakan ASB itu haram. Cuma ulasannya sangat panjang dan perlukan kepada kefahaman asas dalam teori hukum Islam untuk memahaminya.

copied from : http://www.pakdi.net/hukum-melabur-dalam-asb/#more-272