Showing posts with label soal jawab. Show all posts
Showing posts with label soal jawab. Show all posts

Saturday, December 11, 2010

Panassss... part 2

Soalan kepada ustaz azhar idrus :

Salam ustaz ... sedikit persoalan tentang najis Muqhallazah

Saya ternampak ada cina bawak masuk anjing mandi dalam swimming pool kanak2 kat rumah saya. Air dari swimming pool kanak2 akan mengalir ke swimming pool besar. Begitu jugak sebaliknya. Kira iar tu ada rotation la

Soalan :

1. Apa status air awimming pool tersebut
2. Boleh ke kita mandi kat situ. Sebelum kejadian tu, mmg saya selalu bawak anak2 mandi situ

thx

Jawapan :

1. Air dlm kolam tersebut tidak menjadi najis sebab kandungan air yg banyak melebihi dua kolah.

2. Boleh mandi disitu jika mahu.

ALHAMDULILLAH

Friday, December 10, 2010

Hukum Minum Barbican

Soalan :

apa hukum nya minum air Malt Barbican dr negara Arab yg semakin digemari ramai sekarang ini ustaz, dah makin menjadi trend dah. Minuman ni rasa dia macam alkohol ustaz tp isi kandungan dia tulis non alkohol, saya rasa sbb Malt ni bahan asas sblom jd alkohol sbb tu dia rasa dah nak mcm alkohol. Cara minuman ini dibotolkan pun dah macam alkohol.
Mintak penjelasan ustaz, boleh minum ke tak Barbican ni?

Jawapan :

Air barbarican bukan arak yg diharamkan tetapi olih kerana dibotolkan menyerupai arak dan airnya mcm arak lebih baik ditinggalkan saja kerana membawa fitnah kpd umat Islam.

Air malta bukan arak tetapi diproses olih kilang arak ternama jadi tetap haram kerana fitnah.

Friday, August 27, 2010

Suami Makcik? Mahram ke?


DIkirim oleh mohd masri di November 7, 2007

Salam
Diharamkan kepada kamu berkahwin (perempuan-perempuan yang berikut), ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara sesusuan kamu dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam peliharaan kamu dari isteri-isteri yang telah kamu campuri, tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telah pun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya), dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu, dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu, sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi, dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaja yang kamu membelinya, (diharamkan segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu, dan (sebaliknya), dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain dari yang tersebut itu”

Berdasarkan ayat di atas saya masih kurang jelas berkaitan dengan batas aurat antara saya dengan bapa saudara saya.(ibu saudara=isteri bapa saudara adalah kakak ibu saya.bapa saudara saya hanya ipar ibu saya sahaja.)adakah dia dikira mahram saya?bagaimana pula dengan datuk saudara?adik beradik datuk atau nenek saya?

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

bapa saudara yang menjadi mahram anda ialah: adik beradik kandung ayah, dan adik beradik kandung emak.
Jadi, bapa saudara yang anda maksudkan dalam soalan, bukan mahram anda, kerana dia cuma suami emak saudara anda. Bukan bapa saudara dalam erti kata syarak. Dalam bahasa melayu, dipanggil ‘bapa saudara sabit’.

Sama juga, maksud datuk saudara yang menjadi mahram ialah: Adik beradik kepada datuk anda, atau adik beradik kepada nenek anda. Manakala suami kepada nenek saudara, bukanlah datuk saudara dalam erti kata syarak. Cuma orang melayu panggil ‘datuk saudara sabit’.

Wallahu A’lam

Hukum pelancong bukan Islam memasuki masjid dan ruang solat utama di dalam masjid


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang (baca sepenuhnya dalam portal rasmi fatwa Malaysia, Jakim

Thursday, June 18, 2009

Aurat dengan isteri bapa saudara

SOALAN:
ASSALAMUALAIKUM USTAZ,

SAYA INGIN DAPATKAN KEPASTIAN TENTANG BATASAN AURAT DAN HUKUM BERSENTUH TANGAN ANTARA ISTERI DENGAN ANAK SAUDARA LELAKI SEBELAH SUAMI.
SAYA RASA RAMAI YANG MENGANGGAP APABILA NAMANYA “ANAK SAUDARA’, TAK SALAH BERSALAM DENGAN MEREKA WALAUPUN SEBENARNYA YANG DIKAHWINI HANYALAH LELAKI YG MENJADI SUAMI BUKAN ANAK SAUDARA MEREKA.
SEOLAHNYA SELURUH KELUARGA SUAMI SECARA AUTOMATIK MENJADI MAHRAM BG ISTERI TERSEBUT.BETUL ATAU TIDAK PANDANGAN SAYA INI?
HARAP DAPAT JAWAPAN SEGERA.
TKASIH
JAWAPAN:

Assalamu alaikum,

Apabila seorang wanita berkahwin dengan seorang lelaki, yang menjadi mahramnya hanyalah suaminya, bapa suaminya (yakni mertua), datuk suaminya, anak suaminya (yakni anak tiri), cucu suaminya (termasuklah cicit). Adapun orang lain iaitu adik atau abang kepada suaminya (yakni adik/abang ipar), anak saudara kepada suaminya, bapa saudara suaminya dan sebagainya mereka tetap ajnabi dan wajib ia menutup aurat di hadapan mereka kecuali batasan yang dibenarkan untuk dibuka iaitu muka dan tangan.

Wallahu a’lam.

ilmudanulamak@yahoo.com