Saturday, January 29, 2011

Kita ada hak sebenarnya

Assalamu'alaykum,

Saya dalam proses membeli rumah sub-sale. dan insyaAllah tidak lama lagi akan menandatangani perjanjian S&P.

Besar kemungkinan akan terdapat klaus mengenai penalti (jika bank pembeli lambat menyelesaikan baki harga rumah kepada pihak penjual) di dlm S&P nanti.

Saya ingin tahu mengenai hukum sebenar penalti ini dan mungkin boleh dihuraikan serba sedikit kerana isu ini saya ingin bincangkan bersama penjual nanti.

Dan mungkin ada cara-cara lain yang boleh dilakukan seperti mengubah klaus di dalam S&P seperti memanjangkan tempoh yang diberi sebelum penalti dikenakan kepada pembeli atau tiada langsung penalti dikenakan bagi sebarang kelewatan. Tapi besar kemungkinan pihak penjual tidak akan bersetuju kerana dia akan rugi

Minta pandangan ustaz. Jazakumullahu khayr

UZAR : kluasa itu memang riba, tetapi amat sukar dalam praktis hari ini untuk dibuang kerana pihak-pihak lain. Jalan terbaik buat masa ini adalah mendesak dan memastikan pihak bank yang kita ambil, bersikap efisyen dalam prosesing, saya sendiri pernah kena, akibat pihak bank lewat selesaikan, tapi saya buat surat rasmi kpd CEO bank islam terbabit dan meminta mereka yang bertanggungjawa b. Mereka akur akhirnya


zaharuddin.net

Saturday, December 11, 2010

Panassss... part 2

Soalan kepada ustaz azhar idrus :

Salam ustaz ... sedikit persoalan tentang najis Muqhallazah

Saya ternampak ada cina bawak masuk anjing mandi dalam swimming pool kanak2 kat rumah saya. Air dari swimming pool kanak2 akan mengalir ke swimming pool besar. Begitu jugak sebaliknya. Kira iar tu ada rotation la

Soalan :

1. Apa status air awimming pool tersebut
2. Boleh ke kita mandi kat situ. Sebelum kejadian tu, mmg saya selalu bawak anak2 mandi situ

thx

Jawapan :

1. Air dlm kolam tersebut tidak menjadi najis sebab kandungan air yg banyak melebihi dua kolah.

2. Boleh mandi disitu jika mahu.

ALHAMDULILLAH

Friday, December 10, 2010

Hukum Minum Barbican

Soalan :

apa hukum nya minum air Malt Barbican dr negara Arab yg semakin digemari ramai sekarang ini ustaz, dah makin menjadi trend dah. Minuman ni rasa dia macam alkohol ustaz tp isi kandungan dia tulis non alkohol, saya rasa sbb Malt ni bahan asas sblom jd alkohol sbb tu dia rasa dah nak mcm alkohol. Cara minuman ini dibotolkan pun dah macam alkohol.
Mintak penjelasan ustaz, boleh minum ke tak Barbican ni?

Jawapan :

Air barbarican bukan arak yg diharamkan tetapi olih kerana dibotolkan menyerupai arak dan airnya mcm arak lebih baik ditinggalkan saja kerana membawa fitnah kpd umat Islam.

Air malta bukan arak tetapi diproses olih kilang arak ternama jadi tetap haram kerana fitnah.

Monday, October 18, 2010

Pembiayaan Rumah dalam Pembinaan

Komen dari Iskandar:

Konsep perbankan Islam ni konsep ambil untung dengan jadi orang tengah.

Sebab bank ada duit, bank beli dulu. Kemudian jual pada pembeli dengan harga lebih tinggi. Lebihan tu untung pada bank.

Okay. Takde masalah.

Tapi sayangnya, ia hanya konsep. Bukan praktik.

Cuba tengok loan rumah. Bank beli dulu, dan jual pada kita. Bank dapat untung.

Tapi kalau projek perumahan tiba2 terbengkalai, bank yg merupakan tuan empunya barangan sudah tidak dapat berikan barang jualannya. Sudah langgar kontrak.

Jadi sepatutnya bayaran bulanan tak perlu bayar. Saya sebagai pembeli yg dijanji rumah. Tapi bank mungkir. Memang lah ia kerja pemaju. Tapi bank yg patut selesaikan. Bukan saya. Sebab saya beli dari bank — bukan pemaju.

Bukan begitu sepatutnya?

1. Berikut adalah komen berkaitan financing property under construction.

2. Pembiayaan rumah dalam pembinaan mempunyai satu risiko yang besar. Kalau rumah tak siap, amacam ? Siapa yang patut tanggung risiko?

3. Bank, mempunyai tanggungjawab untuk memastikan deposit pelanggan tidak hilang. Justeru, mereka sebolehnya akan memastikan risiko rumah tidak siap ditanggung oleh pihak lain. Inilah pendekatan pengurusan aset-liabiliti yang sedia ada.

4. Apa yang sudah berlaku terhadap kes terdahulu, saya tidak dapat beri komen. Cuma apa yang saya tahu sekarang, ada bank-bank Islam yang sudah menapis senarai pemaju untuk mengelakkan masalah terdahulu. Jadi, hanya pemaju yang betul-betul ada reputasi yang baik sahaja akan diterima. Untuk pemaju baru bermula dan kecil agak sukar.

5. Pendekatan terbaru ini juga ada buruknya kerana pemaju yang baru bermula dalam industri hartanah tidak dapat melantik bank-bank Islam tertentu untuk menjadi panel. Justeru, pelanggan mempunyai pilihan bank riba yang lebih banyak.

6. Apa yang boleh buat kalau terkena ? Bank barangkali tidak mahu berapa nak layan. Apa yang boleh buat, berhubunglah dengan Bank Negara Malaysia kerana selalunya bila BNM bagi arahan, baru bank-bank akan buat.

7. Struktur yang betul adalah menggunakan kontrak istisna’ untuk pembiayaan sebegini. Walaupun pada masa akan datang ada bank yang menawarkan produk pembiayaan dengan kontrak ini, pengguna perlu betul-betul faham isi kandungan perjanjian yang ditandatangani untuk memastikan risiko rumah tidak siap ditanggung oleh siapa. Jangan biasa terus tandatangan perjanjian tanpa meneliti apa yang terkandung di dalamnya.

8. Perkembangan terbaru juga menyaksikan bank-bank Islam mula mewujudkan jabatan / unit pematuhan Shariah (Shariah compliance) untuk memastikan isu sebegini diselia dengan lebih teliti.

9. Seperti mana yang dinasihatkan oleh para pelabur hartanah, pastikan kita semua membeli rumah dari pemaju yang mempunyai reputasi yang baik dan proven track record. Peranan kita sebagai pengguna adalah sangat besar. Selain pengguna boleh mengajar bank-bank Islam supaya mengeluarkan produk yang lebih baik, pengguna juga boleh mengajar pemaju agar menjadi lebih bertanggungjawab kerana isu rumah tak siap ini bukan salah satu pihak sahaja. Malah, mungkin polisi siap baru jual juga akan diperkenankan oleh kerajaan untuk dilaksanakan.

10. Pegawai-pegawai Shariah di bank juga kelihatan berusaha keras memberikan kesedaran ini di peringkat dalaman untuk memastikan prinsip Shariah betul-betul dilaksanakan. Semoga usaha gigih mereka akan membuahkan sesuatu yang lebih baik untuk semua pihak dalam perkembangan perbankan Islam di Malaysia.

--------------
Catatan:
Pakdi
Pengarang buku Rancang Wang Dari Sekarang
www.pakdi.net
Hakcipta terpelihara (c).

Hukum Melabur dalam ASB - satu pendapat

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

**

Para pembaca blog saya yang setia barangkali sudah mengetahui saya ada mencatat beberapa kali tentang hukum pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Malah, dalam buku Rancang Wang Dari Sekarang, mukasurat 42-43 saya ada menghuraikan selaku orang awam (yang tidak dilatih dalam disiplin usul fiqh khususnya) apakah sikap yang mesti kalian ambil dalam isu ini.

Hari ini saya terbaca catatan seorang rakan FB mengenai isu ini, lantas membawa saya kepada catatan di website Prof. Dr Mahmood Zuhdi yang merupakan seorang pensyarah di UIAM yang juga terlibat menjadi panel Shariah dan fatwa di beberapa institusi fatwa, instusi kewangan di dalam dan luar negara.

Tulisannya bertajuk Hukum Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Saya salin semula tulisan beliau dalam blog ini untuk bacaan kalian. Sekiranya ada permasalahan, komen dan sebagainya saya sarankan agar terus disalurkan kepada beliau sendiri melalui website beliau. Saya tidak menjawab bagi pihak beliau.

Hukum Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Pendahuluan:

Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah satu jenis saham amanah yang bertujuan untuk membantu kaum Bumiputra meningkatkan ekuiti mereka dalam kekayaan negara. Caranya ialah dengan mengumpulkan dana dari kaumbumiputra untuk dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang menguntungkan. Malah berbagai inisiatif telah dilakukan bagi menjadikan pelaburan berkenaan sangat menguntungkan, termasuk dengan menggunakan hak istemewa kaum bumiputra sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Sebagaimana maklum, pegangan kaum bumiputra dalam kekayaan negara berada pada paras yang sangat rendah berbanding dengan sesetengah kaum di negara ini. Antara sebabnya ialah kedudukan ekonomi kaum Bumiputra telah diabaikan begitu lama sekali oleh kaum penjajah, sementara beberapa pihak lain mendapat peluang yang jauh lebih baik berasaskan polisi penjajahan yang begitu lama sekali diamalkan dalam Negara ini.

Sehingga hari kemerdekaan,ekuiti kaum Bumiputra dalam kekayaan Negara boleh dikatakan sebagai kosong peratus. Bagi mengatasi keadaan yang sangat tidak adil ini kerajaan telah menetapkan pencapaian 30% bagi kaum bumiputra melalui Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan di Negara ini. Salah satu daripada program yang dilaksanakan bagi memenuhi agenda Dasar Ekonomi Baru berkenaan ialah skim amanah untuk Bumiputra yang dinamakan ASB ini.

Sejak mula ia dilancarkan, skim amanah ini telah memainkan paranan yang berkesan, di samping berbagai skim lain lagi dalam mempertingkatkan pegangan ekuiti kaum Bumiputra di Negara ini. Walaupun matlamat 30% belum dicapai sehingga Daras Ekonomi Baru sudah tamat tempohnya namun kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan sudah mempunyai tapak untuk berpijak dalam ekonomi Negara. Sehingga pada suatu peringkat matlamat itu hampir dapat dicapai dengan sepenuhnya.

Malangnya kekalutan ekonomi dunia pada akhir tahun sembilan-puluhan telah meninggalkan kesan buruk kepada pegangan ekuiti kaum bumiputra di Negara ini. Malaysia sendiri sebagai sebuah Negara mengalami kesan negatif yang parah daripada kemelut yang datang secara mendadak itu. Namun kesan buruk itu dapat diatasi dengan jayanya. Lain ceritanya tentang kaum Bumiputra. Sudahlah matlamat 30% belum tercapai, apa yang sudah dicapai pun tidak dapat dipertahankan. Sebelum ekonomi dunia merudum kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan telah mencapai lebih 20% dari keseluruhan kekayaan Negara. Malangnya angka tersebut telah menjadi kurang daripada 20% selepas krisis berkenaan. Sampai kehari ini ternampak sukar sekali angka tersebut untuk ditingkatkan. Salah satu daripada sebabnya ialah sikap negatif kaum Bumiputra sendiri dalam hal ekonomi dan kewangan.

Menyedari pentingnya pencapaian matlamat 30% ekuiti Negara oleh kaum Bumiputra ini, bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk kestabilan Negara, kerajaan telah menegaskan semula untuk mencapai angka tersebut melalui berbagai cara dalam tempoh pelaksanaan wawasan 2020. Antara acara tersebut ialah melanjutkan program-program amanah seperti ASB ini.

Permasalahan

Walau bagaimana pun, pelaksanaan skim amanah ASB ini dengan segala cara dan objektif yang ada menghadapi berbagai rintangantermasuk daripada kaum Bumiputra sendiri. Antara rintangan tersebut ialah persoalan tentang hukum menyertainya dalam Islam. Ada terdapat dikalangan umat Islam di Negara ini yang meragui kehalalannya dari segi Syarak memandangkan keterlibatan skim amanah tersebut dengan pelaburan di beberapa kaunter haram, misalnya yang melibatkan penjualan arak, perjudiaan, pengambilan riba dan sebagainya.

Sebagaimana maklum, skim ASB ini terbentuk berasaskan kepada dasar perkongsian keuntungan, iaitu suatu alternatif yangmemberi jaminan halal berbanding kaedah konvensional yang berasaskan kepada peratus tetap keuntungan. Mengikut hukum Syarak, kaedah peratus tetap boleh melibatkan riba yang diharamkan oleh Islam. Sedangkan kaedah perkongsian untung tidak melibatkan hal seperti itu. Oleh yang demikian status halal bagi skim ini, dari perspektif ini tidak berbangkit. Malah inilah kaedah yang sentiasa digunakan oleh skim-skim yang berlabelkan Islam dalam Negara ini, juga di Negara-negara Islam yang lain, seperti perbankan Islam dan sebagai nya.

Apa yang menjadi persoalan, sepertimana yang telah disebut di atas ialah penyertaan ASB dalam pelaburan di beberapa kaunter haram. Mengikut pendapat sesetengah umat Islam di Negara ini penyertaan yang tidak sepatutnya itu telah menjadikan skim yang berasaskan kepada kaedah halal berkenaan menjadi haram.

Antara alasan yang diberikan ialah adanya percampuran antara yang halal dan yang tidakhalal dalam skim itu. Kaedah yang digunakan ialah “ ??? ????? ??? ?????? ??????? ???? ??????“ yang bermaksud “apabila berlaku percampuran antara yang halal dan yang haram maka yang haram akan diutamakan (dalam menentukan hukum). Dengan kata lain, sesuatu yang halal itu akan dengan sendirinya menjadi haram apabila bercampur dengan sesuatu yang haram.

Antara contoh yang diberikan sebagai aplikasi kepada kaedah tersebut ialah apabila sekawah gulai dimasuki oleh sedikit tahi ayam maka gulai yang sekawah itu walaupun banyak akan menjadi najis kerana tahi ayam yang sedikit itu. Bandingannya samalah dengan pelaburan ASB di kaunter-kaunter haram. Walaupun nisbahnya sangat sedikit tetapi ia boleh menjadikan nisbah pelaburan di kaunter halal yang merupakan majoriti besar dalam skim berkenaan menjadi haram.

Kekeliruan

Walau bagaimana pun pandangan tersebut tidak berasaskan kepada metod penentuan hukum yang sebenar sepertimana yang terdapatdalam pengajian hukum Islam. Ia lebih berasaskan kepada sikap umum Syariat Islam yang sangat tidak suka kepada perkara haram. Sikap umum ini merupakansuatu prinsip yang sangat baik. Kerana ia menggambarkan idealisme Islam itu sendiri yang unggul. Bagaimanapun dalam merialisasikan idealisme ini dalam kehidupan sebenar, dalam Islam sendiri terdapat berbagai kaedah dan cara untuk menjadikan aplikasi tersebut benar-benar rasional dan praktikal. Dengan kata lain, pandangan di atas adalah benar sebagai suatu idealisme yang tinggi tetapi sebaliknya bila dilihat dari sudut praktikal yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Secara ringkasnya, hubungan anatara ASB sebagai satu skim amanah pelaburan dan para pelabur sebagai peserta dalam skim tersebut adalah bersifat hubungan antara dua pihak yang bermuamalah dalam suatu kontrak yang halal, iaitu pelaburan berasaskan perkongsian untung. Dalam hubungan ini ASB adalah satu badan halal yang berniaga berasaskan kaedah yang halal. Iabukan suatu badan tidak halal, seperti kilang arak atau kedai judi yang tabiat kerjanya sendiri haram.

Bandingannya samalah dengan penyertaan seseorang dalam skim perkhidmatan awam di Negara ini. Asasnya ialah memberi khidmat berasaskan upah, iaitu satu kontrak yang jelas halal. Dalam hubungan ini, kerajaan sebagai majikan merupakan badan halal. Kerana ia menawarkan khidmat kepadamasyarakat secara halal. Ia bukan badan tidak halal seperti gerakan bawah tanah yang menjalankan kerja-kerja yang haram.

Apabila ASB melabur dalam beberapa kaunter haram sifatnya sebagai badan halal tidak boleh bertukar dengan begitu sahaja. Seorang muslim yang menerima akidah dan kehidupan Islam secara umum tidak akan bertukarmenjadi kafir apabila melakukan sedikit sebanyak maksiat yang tidak menukarkan identitinya daripada seorang muslim kepada bukan muslim. Cuma orang itu berdosa dan perlu bartaubat. Urusan muslim lain dengannya tetap sah di sisi Syarak. Isteri atau suaminya tidak tertalak dengan kerana itu. Kalau bapanya mati dia masih tetap boleh menerima pusaka dan banyak lagi contoh yang boleh difahami secara mudah.

Samalah juga denga kerajaan yang mengambil cukai arak, cukai pelacuran dan sebagainya. Ia tetap kerajaan yang sah dan halal di sisi Islam. Perbuatannya itu adalah dosa untuknya sahaja dan tidak menjadikan kerajaan berkenaan sebagai badan tidak halal dari segi Syarak. Semua pegawai kerajaan tidak boleh bertukar menjadi orang yang makan harta haram kerana perbuatan kerajaan seperti itu, apalagi perlu meletakkan jawatan masing-masing.

Satu aplikasi mudah bagi prinsip percampuran antara yang halal dengan yang haram ini boleh dilihat kepada banyak contoh prinsip Istihalah dalam hukum Islam. Antaranya ialah air musta’mal menjadi mutlaq apabila bercampur dengan air mutlaq yang lebih dua Qullah. Ucap Salam assalamu alaikum kepada khalayak yang bercampur antara orang Islam dan bukan Islam dibolehkan, bangkai dalam air mutlaq yang banyak tidak boleh menjadikan air itu najis selagi ia tidak mengubah warna, rasa atau baunya, lalat mati dalam secawan teh tidak boleh menjadikan teh itu najis dan banyak lagi contoh- contoh yang sangat mudah difahami.

Malah kalau kita bijak menganalisis Maqasid al-Syariah dalam hukum Islam dan kedudukan ASB sebagai salah satu cara untuk menjamin survival umat Islam di Negara ini tentu sekali kita merasa tidak bijak untuk mengatakan ASB itu haram. Cuma ulasannya sangat panjang dan perlukan kepada kefahaman asas dalam teori hukum Islam untuk memahaminya.

copied from : http://www.pakdi.net/hukum-melabur-dalam-asb/#more-272


Saturday, October 9, 2010

Pulangkan wang sumbangan kerana hasil judi?

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )

Begitu juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan Malaysia pada 25 Jun 2009. Buka sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-ke-baitulmal-dan-institusi-islam-lain

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-

والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :

هذا سحت فتصدق به

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

  • Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.
  • Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
  • Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini
  • Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
  • Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
  • Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

30 Sept 2010

Adakah Lilitan Benang Hitam pada budak adalah amalan syirik?


MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila terdapat kanak- kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis lebih daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat dengan benang hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini diharuskan oleh syarak?

SHAMSIAH ABU BAKAR
Jerantut


Jawapan

Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya untuk dirawat, Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi meminta supaya benang hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum saya mengikhtiarkan rawatan.

Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya berten tangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: “Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang meng gantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajat nya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada’ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya.’”

Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.

Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, ‘Apakah yang kamu pakai ini? “Lelaki itu menjawab, “Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan.”

“Lalu baginda bersabda kepadanya, ‘Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu.” (Hadis riwayat ‘Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).

Dalam hadis lain (mafhumnya): “Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.

“Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang.” (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).

Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mem percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.

Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua -tua, atas kepercayaan ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.

Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): “Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah SWT.”

Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.

Waalahu a’lam.

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

(Petikan dari Harakah Bil.1335)

Friday, August 27, 2010

Suami Makcik? Mahram ke?


DIkirim oleh mohd masri di November 7, 2007

Salam
Diharamkan kepada kamu berkahwin (perempuan-perempuan yang berikut), ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara sesusuan kamu dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam peliharaan kamu dari isteri-isteri yang telah kamu campuri, tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telah pun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya), dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu, dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu, sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi, dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaja yang kamu membelinya, (diharamkan segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu, dan (sebaliknya), dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain dari yang tersebut itu”

Berdasarkan ayat di atas saya masih kurang jelas berkaitan dengan batas aurat antara saya dengan bapa saudara saya.(ibu saudara=isteri bapa saudara adalah kakak ibu saya.bapa saudara saya hanya ipar ibu saya sahaja.)adakah dia dikira mahram saya?bagaimana pula dengan datuk saudara?adik beradik datuk atau nenek saya?

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

bapa saudara yang menjadi mahram anda ialah: adik beradik kandung ayah, dan adik beradik kandung emak.
Jadi, bapa saudara yang anda maksudkan dalam soalan, bukan mahram anda, kerana dia cuma suami emak saudara anda. Bukan bapa saudara dalam erti kata syarak. Dalam bahasa melayu, dipanggil ‘bapa saudara sabit’.

Sama juga, maksud datuk saudara yang menjadi mahram ialah: Adik beradik kepada datuk anda, atau adik beradik kepada nenek anda. Manakala suami kepada nenek saudara, bukanlah datuk saudara dalam erti kata syarak. Cuma orang melayu panggil ‘datuk saudara sabit’.

Wallahu A’lam

Hukum pelancong bukan Islam memasuki masjid dan ruang solat utama di dalam masjid


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang (baca sepenuhnya dalam portal rasmi fatwa Malaysia, Jakim

Monday, February 8, 2010

Zahir Mosque

Situated in Alor Setar.
Opened in 1912, built with the Moorish traditional architecture. It is a mosque with numerous arches and columns, black domes and imposing minarets. It is one of the most beautiful mosques in the state. Hosted the annual state's Koran reading competition.
The design was inspired by the vision of the late Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II. Masjid Zahir is located in central Alor Star, and is the official mosque for the state as well as the main mosque for the local Muslims. Its main hall (prayer hall), measuring 3,844 sq ft, is surrounded by wide verandahs with four mezzanine areas, each topped by a dome. The main dome is situated in the north-east of the building. The five large domes symbolise the five Islamic principles. Key Tips Touted as one of the most beautiful mosques in South East Asia, its architecture was inspired by Masjid Azizi in Sumatra, Indonesia.